Posts Tagged ‘Politik’

100 Hari DS Najib Razak

Julai 11, 2009

1. 11 Julai merupakan sambutan buat Perdana Menteri Malaysia yang baharu meraikan kejayaannya berada di takhta kuasa selama 100 hari. Sepanjang tempoh ini beberapa dasar besar dan polisi lapuk negara telah diangkat dan diganti oleh beberapa idea perubahan.

2. DS Najib Razak, dalam beberapa pendekatan selama 100 hari secara tidak langsung memperlihatkan betapa anutan terhadap kefahaman ketuanan sistem ekonomi kapitalisme semakin kukuh. Pengukuhan anutan kapitalisme dan liberalisme dalam approach ekonomi dan politik akan memberi definisi baharu buat rakyat marhaen.

3. DS Najib Razak, apabila mengmumkan dasar 1Malaysia, secara jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaannya untuk mengukuhkan insititusi kerajaan yang menjadikan rakyat sebagai modal kuasa. Kesatupaduan rakyat memberi ruang untuk DS Najib Razak memacu ekonomi dan politik negara yang semakin hari semakin suram.

4. 1Malaysia, jika dibaca secara rambang sudah tentulah memberi erti bahawa ia tidak lebih dari hanya sebuah retorik branding dalam pengukuhan marketing strategy kerajaan. 1Malaysia yang bermula lama sebelum 100 hari DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri hanyalah dasar lapuk.

5. DS Najib Razak tidak punya kekuatan besar untuk berubah dan terbukti dengan 100 hari ini tiada perubahan besar melainkan a normal process of corporate restructuring through the strengtening of branding to survive at least for the next 2 or 3 years.

Advertisements