Modenisme Budaya

1. September 23, 2009. Hari raya keempat di pekan kecil Kuala Berang.

2. Modenisasi intra budaya sudah mula kelihatan memberi impak kecil pada pekan ini. Paling ketara dan jelas kelibat kehadiran Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) saban malam memeriahkan ruang bandar yang sangat sempit.

3. Ternyata, pada Hari Raya Ke-3, KFC masih dilimpahi oleh warga yang sudah lama mengidam dan saban masa hanya mendengar kata warga lain tentang rasa dan nikmat KFC yang lazat.

Warga melimpahi ruang, kedai kecil penuh, ruang makan bersepah, dan pelanggan berbaris mengatur tapak demi tapak menghampiri kaunter untuk pesanan. Ternyata kelibat KFC sudah memberi impak baru pada kesan dan peranan budaya luar pada modenisasi masyarakat luar bandar.

4. Kelibat modenisme budaya juga sering kelihatan, dan jelas terbukti pada sambutan raya episod ini. Ada rakan dan taulan yang melayari FB, dan menghantar kenang-kenganan baru menyambut Syawal.

5. Budaya sebegini jelas dan untuk melatari perkembangan dan rupa budaya cara fikir masyarakat semakin waktu semakin sukar. Ia memerlukan ketabahanan dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan kajian budaya yang menyeluruh.

Advertisements

Label:

3 Respons to “Modenisme Budaya”

  1. xyz Says:

    Hoho. Kuala Berang sudah ada KFC. Ramai benar orang ‘hulu’ mencari KFC ya sampai melimpah. KFC = modenisasi? dan FB = modenisme? Apa pula kata kunci pada anjakan paradigma-sebab modenisasi dan modenisme berkait dengan sikap dan perlakuan(positif atau negatif)?

  2. muhammadridwanto Says:

    ya, kerana kita hidup di zaman global…

  3. adifimiyun Says:

    “isme” pada sebarang kata kerja atau kata nama memberi maksud pembentukan ideologi pada kata kerja atau kata nama tersebut. Isme ini membentuk paradigma dan menzahirkan dogma-dogma baharu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: