Archive for September 2009

Modenisme Budaya

September 23, 2009

1. September 23, 2009. Hari raya keempat di pekan kecil Kuala Berang.

2. Modenisasi intra budaya sudah mula kelihatan memberi impak kecil pada pekan ini. Paling ketara dan jelas kelibat kehadiran Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) saban malam memeriahkan ruang bandar yang sangat sempit.

3. Ternyata, pada Hari Raya Ke-3, KFC masih dilimpahi oleh warga yang sudah lama mengidam dan saban masa hanya mendengar kata warga lain tentang rasa dan nikmat KFC yang lazat.

Warga melimpahi ruang, kedai kecil penuh, ruang makan bersepah, dan pelanggan berbaris mengatur tapak demi tapak menghampiri kaunter untuk pesanan. Ternyata kelibat KFC sudah memberi impak baru pada kesan dan peranan budaya luar pada modenisasi masyarakat luar bandar.

4. Kelibat modenisme budaya juga sering kelihatan, dan jelas terbukti pada sambutan raya episod ini. Ada rakan dan taulan yang melayari FB, dan menghantar kenang-kenganan baru menyambut Syawal.

5. Budaya sebegini jelas dan untuk melatari perkembangan dan rupa budaya cara fikir masyarakat semakin waktu semakin sukar. Ia memerlukan ketabahanan dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan kajian budaya yang menyeluruh.