Archive for Julai 2009

Teoh Beng Hock

Julai 19, 2009

1. Barisan Nasional punya kenyakinan kecil untuk menang setelah berhempas pulas di Manek Urai. Kejayaan mengurangkan undi Parti Islam Semalaysia merupakan inti manis untuk DS Najib.

2. Selang beberapa hari selepas berakhirnya Manek Urai, satu Malaysia dikejutkan oleh kematian  Teoh Beng Hock.

3. Kali terakhir mendiang dilihat berada di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shah Alam, Selangor.

4. Implikasi kematian Teoh Beng Hock akan memberi kesan langsung kepada rasa yakin DS Najib untuk memerintah. Rasa manis kemenangan Manek Urai akan terkubur.

5. Teoh Beng Hock adalah korban pertama politik DS Najib dan ini merupakan indikator awal bahawa DS Najib. dalam pendekatan politiknya, sanggup meletakkan apa sahaja risiko dalam memenuhi rasa hati untuk mencpai puncak kuasa.

6. Rakyat akan bangun, mengambil risiko di jalanan untuk memaksa DS Najib turun dan mentaati rasa rakyat.

8. Secara tidak langsungnya, kesemua badan pencegahan di Malaysia ini akan mendapat reaksi berbeza dikalangan rakyat. Keyakinan terhadap Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah semkain menrurun. Kelompok ini tidak lebih daripada kudeta politik United Malay National Organisation dan Barisan Nasional

Advertisements

100 Hari DS Najib Razak

Julai 11, 2009

1. 11 Julai merupakan sambutan buat Perdana Menteri Malaysia yang baharu meraikan kejayaannya berada di takhta kuasa selama 100 hari. Sepanjang tempoh ini beberapa dasar besar dan polisi lapuk negara telah diangkat dan diganti oleh beberapa idea perubahan.

2. DS Najib Razak, dalam beberapa pendekatan selama 100 hari secara tidak langsung memperlihatkan betapa anutan terhadap kefahaman ketuanan sistem ekonomi kapitalisme semakin kukuh. Pengukuhan anutan kapitalisme dan liberalisme dalam approach ekonomi dan politik akan memberi definisi baharu buat rakyat marhaen.

3. DS Najib Razak, apabila mengmumkan dasar 1Malaysia, secara jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaannya untuk mengukuhkan insititusi kerajaan yang menjadikan rakyat sebagai modal kuasa. Kesatupaduan rakyat memberi ruang untuk DS Najib Razak memacu ekonomi dan politik negara yang semakin hari semakin suram.

4. 1Malaysia, jika dibaca secara rambang sudah tentulah memberi erti bahawa ia tidak lebih dari hanya sebuah retorik branding dalam pengukuhan marketing strategy kerajaan. 1Malaysia yang bermula lama sebelum 100 hari DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri hanyalah dasar lapuk.

5. DS Najib Razak tidak punya kekuatan besar untuk berubah dan terbukti dengan 100 hari ini tiada perubahan besar melainkan a normal process of corporate restructuring through the strengtening of branding to survive at least for the next 2 or 3 years.