Archive for April 2009

Dasar Ekonomi Baru

April 25, 2009

Najib defends scrapping of quota

KUALA LUMPUR, April 24 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak yesterday defended the removal of the 30 per cent Malay equity quota in several sectors, and said that Malay businesses would not lose out despite any increased competition. Market analysts and political leaders have welcomed the scrapping of the quota in sectors such as health, tourism and transport.

The decision means investors in these sectors no longer need to find Malay partners to take up 30 per cent ownership in their businesses.

The move, effective immediately, is seen as inevitable, especially in the current weak global economic climate, but there are concerns among some Malay groups.

Najib yesterday sought to assure the Malay community that Bumiputera businesses would not suffer. “I can see Bumiputeras have the ability to compete with the rest. I am not worried they will become ‘extinct’ or lose out in competition because of this decision.”

Sejarah Dasar Ekonomi Baru

1. Dasar Ekonomi Baru merupakan dasar serampang dua mata yang diperkenalkan oleh Tun Razak dalam misi merapatkan jurang entiti ekonomi dan sosialisasi masyarakat Malaysia.

2. Dasar yang mulanya memberi kelebihan kepada pembentukan sebuah masyarakat majmuk Malaysia yang aman dan harmoni, akhirnya menjadi ruang besar buat pemuka melimpahkan kekayaan. Jurang masyarakat yang dianggap akan kembali rapat seusai dasar ini berlangsung rupanya tidak kesampaian.

3. Buktinya, setiap selesai sambutan tahun kemerdekaan negara, akan timbul suara-suara yang menongkah arus menyoal status Dasar Ekonomi Baru.

4.Hatta,setelah 52 tahun usia merdeka sekalipun, isu ini tetap berkumandang.

5. Maka tindakan Sdr Najib memansuhkan dasar ini amat-amat dialukan.

6. Dasar ini sebenarnya sudah lama menjadi duri dalam daging kepada parti pemerintah dan menjadi modal politik buat para pemuja arus politik baru.

Rasional pemansuhan

7. Saya pernah ditanya beberapa teman akan isu DEB ini, dan jawapan saya tetap sama seperti apa yang dikatakan oleh Sdr Najib.

8. Dasar ini sebenarnya sudah jauh menyimpang dan sebarang pembahruan pada perlaksanaan dan reformasi dasar pada DEB hanya membuang masa.

9.Inilah yang dijelaskan melalui pendekatan ekonomi oleh Pakatan Rakyat dan konsisten dalam perlaksanaan peringkat kerajaan negeri yang sedia ada sekarang.

Insititusi Di Raja…tumbang…pertahankan?

April 19, 2009

1. Pasca Mac 2008 memperlihatkan beberapa pertembungan kuasa antara beberapa institusi penting dalam politik dan sistem berperlembagaan negara.

2. UMNO di Perlis dan Terengganu bertelagah dengan istana, lantaran calon Menteri Besar yang diusulkan tidak dipersetujui oleh Sultan dan Raja negeri masing-masing.

3. Pakatan Rakyat di Perak pula terpaksa akur pada kehendak Undang-undang Tubuh Negeri yang secara jelas mendefinisikan bahawa seorang Menteri Besar yang dilantik mestilah seorang Melayu dan beragama Islam, maka Sdr. Nizar Jamaludin ditakdirkan Allah menjadi individu terpilih.

4. Tetapi Kerajaan-kerajaan yang bermula dengan episod sukar membentuk kerajaan semakin hari semakin dingin.

5. Pakatan Rakyat di Perak cuba ditumbangkan dengan secara tidak bermoral oleh UMNO. UMNO di Terengganu dan Perlis terus bertelagah mengungkit soal kuasa yang dicita,tetapi penguasa lain yang merasa.

6. Insiden-insiden ini secara jelas membuka minda rakyat untuk kembali memikir soal-soal keperluan dan kehendak dalam kewajipan mempertahankan Institusi Di Raja.

7. Dalam sejarah Melayu, pernah dinukilkan betapa , ” raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Kenyataan ini secara tidak langsung memberi erti betapa keperluan menegakkan keadilan sosial sama rata pada semua entiti masyarakat adalah menjangkaui keperluan memepertahankan status sesebuah institusi tersebut.

8. Prinsisp keadilan untuk semua menjangkaui malah melepasi keperluan mempertahankan Institusi Di Raja, jika sekiranya didapati bahawa Institusi Di Raja turut bersekongkol dengan elemen-elemen yang bersubahat menidakkan keadilan untuk marhaen terbanyak.

RAJA ADIL, RAJA DISEMBAH; RAJA ZALIM, RAJA DISANGGAH

9.”Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir…Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba – hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,” titah baginda di istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini, lapor Bernama.

 “An offspring will not allow the dignity and sovereignty of a ruler to be ridiculed. As such the people must be conscious not to be hasty to throw the lamp away, as daylight too will end. “Let it not be that as night falls, people grope about directionless, blanketed in darkness without a lamp,” he said at the pledging of loyalty and awards ceremony in conjunction with the 81st birthday of the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah at Istana Iskandariah here today. Bernama, April 19,Sunday.

10. Kenyataan Nazrin seperti diatas memberi gambaran betapa dia memahami dan mengerti erti serta maksud kuasa rakyat. Insititusi Di Raja bukanlah maksud akhir dalam bernegara.

11. Selaku simbol kedaulatan, maka tidak lebih tidak, Institusi Di Raja mungkin boneka penguasa zalim yang bersekongkol untuk menikmati kuasa, jika itu yang dipilih oleh Institusi Di Raja. Tetapi, Intitusi Di Raja berkemampuan memilih jalan lain, seperti halnya di Perak, Azlan boleh dengan sendirinya membubarkan Dewan Undangan Negeri sambil menyerahkan secara terbuka kepada rakyat untuk memilih maksud akhir dalam bernegara.Soal UMNO atau Pakatan Rakyat yang dipilih , terserah.

12. Semakin hari, rakyat terbanyak melihat semakin banyak hal songsang berlangsung dengan Institusi Di raja yang hanya menjadi simbol penguasa. Walaupun ada kebaikan sedikit yang tidak dinafikan, keburukan yang berlaku berterusan memberi impak yang lebih banyak.

13. Secara terbuka, kenyataan Raja Petra perlu diberi perhatian yang sewajarnya. baca It’s time to storm the Bastille

Kerangka Pemikiran

April 18, 2009

1. Kerangka pemikiran orde baru dunia merupakan asas penting untuk memahami survival bangsa, idealogi perjuangan dan kemantapan jatidiri yang memastikan sama ada kerberlangsungan pembangunan negara akan dapat diteruskan atau tidak.

2. Generasi yang melalui proses ini akan mengalami pelbagai proses transformasi diri, watak, pengalaman dan persepsi terhadap pelbagai macam jenis perkara. Generasi ini akan bertanggungjawab menyediakan prasarana penting untuk menjadi wadah kepada kejayaan pembinaan tamadun.

3. Kerangka pemikiran baru ini akan turut serta menyediakan  asas dan wadah kewujudan sebuah masyarakat beragama yang tulin pada pegangan dan fahaman agamanya. Penilaian terhadap seribu satu soal dan perkara adalah diasaskan oleh kerangkan pemikiran beragama.

4. Kewujudan negara bangsa adalah suatu rentetan yang tidak akan berterusan selagi mana idealogi kewujudan negara bangsa tidak difahami dengan adil dan saksama. Negara bangsa yang beragama adalah wadah tulin untuk manusia dan warga bersatu kepada prinsip keadilan sejagat.

5. Islam, Buddha, Yahudi dan Nasrani adalah antara elemen agama yang membina warga. Dalam proses membina kerangka baru, hanya Islam dilihat menyediakan asas untuk elemen pemikiran beragama yang penting. Islam menyediakan laluan pemikiran untuk warga memikir soal-soal keperluan dan kehendak, Islam juga mewatakkan bagaimana pembinaan dan hak warga dihakimi oleh sebuah negara bertamadun, dan Islam juga meletakkan kerangka hukum yang jelas dan tidak melanggar prinsip dan hak warga.

6. Justeru, dalam mewacanakan dikusi minda berkarat, Islam akan dijadikan elemen asas untuk perbincangan panjang dan huraian serta hujah yang menjangkaui kupasan buku.

7. Pembinaan watak dan nilai diri akan merangkumi lebih jauh entiti maruah yang disoalkan oleh warga selama ini.